Monday 14 November 2011

Rantai Tangan 916 Baru-Harga Upah Yg Rendah

                                                                   CODE: RTB01

 CODE: RTB02
                                                                    CODE: RTB03


CODE: RTB04

CODE: RTB05






CODE: RTB06

CODE: RTB07


Kami menjual gelang tangan bercorak seperti di dalam gmbr ini dengan harga yg terbaik dan upah yg minima insyaAllah. Pada sesiapa yg berminat boleh lah menghubungi kami:
019-9897976 ( Ckg Rus Mastura )
019-9397976 ( Ust Din )

Sunday 16 October 2011

EMAS BARU HARGA TERENDAH


            • Rantai tangan padu 916
            • Corak benson
            • Barang baru
            • Berat                                                         





  • Rantai tangan 916
  • Berat
  • Gelonggong
  • Bentuk cincin dan biji bentuk love
  • Barang baru





            • Rantai leher 916
            • Corak bunga tanjung
            • Berat
            • Barang baru                                                             




            • Rantai leher 916
            • Berat
            • Corak rantai gajah (gelonggong)
            • Barang 2nd hand
            • Tiada kecacatan
            • Kelihatan baru                                                 

EMAS PILIHAN BIJAK DAN TEPAT

Assalamualaikum....
Alhamdulillah dikesempatan ini marilah kita sama2 berkongsi ilmu dan pengalaman tentang emas. Anda jgn merasakan diri anda terlalu muda maupun terlalu tua utk berfikir tentang emas. Tua atau muda bukan soalnya,apa yg penting ialah ilmu serta kesedaran ttg emas. Kita biasa dengar ungkapan anak muda, aku masih muda buat apa nak fikir pasal emas,............sedarkah anda bahawa anda tersilap. Jgn menjadi seperti saya dan org yg swktu dgn saya. akhirnya menyesal jugak...bayangkanlah bro...if anda gunakan duit yg telah kita gunakan utk perkara yg xbegitu ekonomi tu utk beli emas 2/3 thn dulu....fuh mmg ketara untungnya bro. bayangkan jika 3 thn dulu anda beli seutas rantai seberat 30 gram, dgn harga semasa RM120segram(RM3600).sekarang.....harganya RM180segram(RM5400)....anda telah untung sbnyk RM1800. Subhanallah....untung bukan.kapcai harga RM3600 skrg dah jadi RM1500....buatlah keputusan yg bijak.duit simpanan yg ada tukarkanlah kpd emas yg lbh selamat dan menguntungkan.

Bila Masa Terbaik Untuk Membeli Emas?

Ada org ckp masa terbaik utk beli emas ialah waktu nilai emas turun,betul tp xtepat.Masa terbaik utk beli emas ialah waktu kita ada duit.Jgn fikir byk bro....emas akan tetap menguntungkan...kena sabarlah ckit....ok,kita kongsi lagi....

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.

Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.
3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.
Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).
4) Aset yang terunggul.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes. 5) Tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009
Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Friday 14 October 2011

MEMBELI DAN MENJUAL EMAS TERPAKAI

EMAS TERPAKAI


Juga Menyediakan Khidmat Menebus Surat Pajak Gadai Konvensional Dan ar-Rahnu dan Koperasi.

Prosedur transaksi jualan terus:

1. Barang emas diuji
2. Emas diasingkan mengikut mutu peratusan ketulinannya
3. Emas ditimbang dengan timbangan yang telus
4. Emas dinilaikan mengikut kadar emas terpakai setelah ditolak keuntungan syarikat tanpa riba
5. Rundingan harga secara tawar-menawar dijalankan sehingga persetujuan termeterai.
6. Butir-butir diri pelanggan dicatatkan
7. Bayaran dijelaskan secara tunai.
8. Akad jual beli dilakukan.
9. Salinan resit diserahkan.



Surat Pajak Gadai Konvensional
Prosedur menjual surat pajak gadai konvensional:

1. Pelanggan perlu membawa dokumen pengenalan diri 1 salinan I/C dan 1 salinan surat pajak.
2. Hanya penama surat pajak yang tertera sahaja yang dibenarkan berurusan.
3. Pihak ketiga tidak akan diberi keizinan untuk berurus niaga.
4. Sebelum modal urusniaga diserahkan butir-butir penjual akan dicatatkan.
5. Surat akuterima kewangan perlu ditanda-tangani.
6. Selepas emas dikeluarkan dari pajak gadai·
7. Barang emas diuji
8. Emas diasingkan mengikut mutu peratusan ketulinannya
9. Emas ditimbang dengan timbangan yang telus dan teliti
10. Emas dinilaikan mengikut kadar emas terpakai setelah ditolak keuntungan syarikat tanpa riba.
11. Rundingan harga secara tawar-menawar dijalankan sehingga persetujuan termeterai.
12. Butir-butir diri pelanggan dicatatkan pada resit.
13. Bayaran dijelaskan secara tunai.
14. Akad jual beli dilakukan
15. Salinan resit diserahkan.


HUBUNGI PIHAK KAMI MAS10 ENTERPRISE:
019-9897976
019-9397976

2011 TAHUN HARGA EMAS TIDAK MENENTU

Awal tahun dilihat harga emas stabil sampai pertengahan tahun,masuk pertiga tahun harga emas mula menunjukkan positif yang ketara sampai tidak ada sesiapa pun yang sangka kenaikan harga emas yang begitu tinggi semenjak-semenjak ini.
Melonjaknya harga emas berkemungkinan dari pada kelemahan Usd kerana ekonomi Us dalam keadaan tidak stabil,ditambah pula United Kingdom (uk) yang huru hara oleh perusuh yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran negara mereka.
Penyimpanan emas disifatkan sebagai penyimpanan aset yang terunggul ketika ini, ditambah lagi  orang ramai mula mempercayai dengan logam emas,  harga emas tidak akan jatuh dan ianya sesuai untuk satu pelaburan masa jangka panjang.  Menurut Habib jewel baru-baru ini dalam Buletin Utama TV3 kenaikan harga sudah pun mencecah 600 peratus kenaikan dari pada tahun 1998.
Saya berpesan kepada mereka yang ingin membeli emas jangan teragak-agak untuk membeli emas kerana emas adalah aset yang memang menguntungkan .

Monday 10 October 2011

RANTAI LEHER BARU DAN TERPAKAI UNTUK DIJUAL

CODE: RL1
  • barang baru tanpa upah
  • berat 11.75 gram
CODE RL2
    • barang baru tanpa upah
    • tiada sebarang kecacatan
    • berat 27.72 gram
    • patern/corak bunga melur
 CODE RL3
  • berat 25.3 gram
  • patern bola
  • barang 2nd hand
  • tiada kecacatan

 

Saturday 8 October 2011

EMAS BARU DAN TERPAKAI UNTUK DIJUAL

                              
CODE : RT 1
·       BERAT :  8.52 GRAM
·       BARANG SECOND HAND
·       TIADA KECACATAN
·       TALI PADU + LOKET LOVE



CODE : RT 2
·       BERAT :  12.46 GRAM
·       BARANG BARU TANPA UPAH
·       TIADA KECACATAN
·       BOLA CROM + BOLA GELONGGONG


CODE : RT 3

·       BERAT :   12.13 GRAM
·       BARANG BARU TANPA UPAH
·       TIADA KECACATAN
·       TALI GAJAH + LOKET BENTUK LOVE + CROM



CODE : RT 4
·       BERAT :   18.37 GRAM
·       BARANG SECOND HAND
·       KECACATAN : KEMIK SEDIKIT-BOLE BETUL GUNA TANGAN
·       STAMPING JENIS DUNHILL
·       RINGAN NAMPAK BESAR



CODE : RT 5
·         BERAT :   23.44 GRAM
·         BARANG 2nd  HAND
·         KECACATAN: SUDUT TEPI-BOLEH DIPATERI SEMULA
·         CORAK KLCC- 5 LAPIS
·         BIASANYA HARGA UPAH BARU DLM RM 300-RM400
·         PATERN BARU


CODE : RT 6

·       BERAT : 26.40  GRAM
·       BARANG 2ND HAND
·       TIADA KECACATAN
·       DUNHILL
·       PATERN UNIK-JARANG DITEMUI



CODE : RT 7

·       BERAT : 5.29  GRAM
·       BARANG 2ND HAND
·       TIADA KECACATAN
·       CORAK RANTAI GAJAH
·       GOLONGGONG NAMPAK BESAR



NOTE:
1. BIASANYA UNTUK PELABURAN LEBIH BAIK SIMPAN EMAS PADU KERANA :
~ MUDAH UNTUK GADAI
~PURERITY AR-RAHNU BANK RAKYAT YG GUNA TIMBANG AIR MUDAH LEPAS,TAPI LEBIH MUDAH GUNA AGRO BANK (RUJUK COP SAJA).
~DESIGN TAK BERAPA DIUTAMAKAN, YG PENTING TAKDA  HARGA UPAH   DAN MURAH.
~DISYORKAN EMAS 916,999 SECOND HAND SEBAB HARGA RENDAH N TAKDA UPAH.CEPAT BALIK MODAL

2. UNTUK PERHIASAN , PILIHLAH MENGIKUT CITARASA.BAIK CARI SECONDHAND, CORAK EVERGREEN. DISYORKAN EMAS BARU TANPA UPAH.

3. EMAS PERHIASAN YANG SAYA JUAL ADALAH 916, IF DAH TERIMA TAPI TAK PERCAYA 916 BOLEH RETURN SEMULA.WANG DIKEMBALIKAN SETELAH BARANG DIRETURN.

4. KOS PENGHANTARAN RM 5-RM10.

5. TEL : 019-997976 (CG. MASTURA)
           : 019-9397976 (US. SHAIDIN)

7. NO A/C CIMB         : 0709-0062397-52-1
    NO A/C B. ISLAM   : 13-035-02-022276-9